MYR - Ringgit rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MYR - Ringgit rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dicatat pada Jumaat lalu apabila dibuka lebih rendah hari ini susulan kekurangan permintaan di pasaran apabila pelabur beralih kepada dolar berikutan peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9730/9780 daripada 3.9700/9740 yang direkodkan sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Dagangan OANDA bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata kenaikan harga minyak antara AS$70 dan AS$80 satu tong mencetuskan kecenderungan ke arah inflasi di Amerika Syarikat dan mendorong peningkatan hasil, sekali gus mengukuhkan lagi dolar AS.

"Perkembangan ini akan terus memberi tekanan terhadap ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9559/9600 daripada 2.9523/9557 manakala berbanding yen, ia turun kepada 3.5773/5828 daripada 3.5769/5815 yang dicatat Jumaat lepas.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3469/3540 daripada 5.3516/3577 dan naik berbanding euro kepada 4.6663/6738 daripada 4.6751/6806, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini