KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan sentimen pasaran yang berhati-hati dengan mana Bank Negara Malaysia akan mengmumkan keputusan suku pertama 2018 hari ini, kata peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9650/9710 daripada 3.9650/9700 semalam.
Peniaga berkata, selain beberapa pelabur kekal tidak memasuki pasaran menanti pengumuman bank pusat, dan sentimen pasaran tempatan lengang dengan sedikit minat dalam dolar AS, yang mengukuh susulan pengukuhan pendapatan bon Perbendaharaan AS.