Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ni ketika permintaan global yang bertambah baik meningkatkan permintaan terhadap mata wang baru muncul, termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu berada pada 3.9780/ 09820 berbanding 3.9870/9900 pada Rabu.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, ringgit telah mendapat manfaat daripada peningkatan selera risiko, terutama disebabkan redanya kebimbangan terhadap krisis politik di Itali.

"Ini telah meningkatkan tarikan pelabur ke arah mengambil risiko dengan pasaran sekarang semakin optimis bahawa prospek pilihan raya kecil di Itali akan dapat dielakkan.

"Bagaimanapun, pelabur masih perlu memantau perkembangan di Itali kerana ia akan terus menjadi risiko untuk pasaran global," katanya kepada Bernama.

Jameel juga berkata, terdapat juga kelemahan untuk dolar semalam yang juga menawarkan ringgit dengan momentum untuk bergerak lebih tinggi.

Sementara itu, unit tempatan itu lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang asing lain, kecuali yen.

Ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.3059/3116 daripada 5.2904/2963 pada Rabu dan jatuh berbanding euro kepada 4.6551/6605 daripada 4.6301/6344 sebelumnya.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9749/9785 daripada 2.9714/9741 semalam tetapi lebih tinggi berbanding yen kepada 3.6542/6589 daripada 3.6645/6680.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini