Home » Terkini » Akhirnya, masa untuk membeli emas telah muncul sekali lagi
Akhirnya, masa untuk membeli emas telah muncul sekali lagi
By ForexKini • 30.6.18 • Berita FortFS Gold Terkini • Comments : 0
Semalam pasaran emas terus merosot dan mengemaskini satu daripada paras sokongan paling penting pada $1250, kawasan di mana ramai 'traders' menjangkakan pengkatifan belian. Alasan pertama untuk dinamik negatif emas adalah 'rally' dollar USD yang kuat di tengah-tengah hasil lebih tinggi bon-bon Amerika. Minggu ini dollar USD mengemaskini paras tinggi tahunannya dan untuk beberapa hari dollar melakukannya dari 93.78 sehingga 95.11 mata.
Walaubagaimanapaun, untuk sesi dagangan terakhir situasi ini telah mula berubah dan pasaran emas sekarang ini mempunyai beberapa peluang untuk pemulihan, ketika semalam indeks dollar USD kehilangan 0.4% dan menarik lebih rendah dari paras-paras maksimum.
Pada hari Khamis semasa sesi Amerika 'traders' mula untuk membetulkan sebahagian belian USDselepas data lebih lemah mengenai GDP Amerika untuk suku pertama. Pertumbuhan kelajuan ekonomi US muncul lebih perlahan daripada yang dijangka sebelumnya. Menurut statistik keluaran dalam negara kasar di dalam bulan Januari-Mac 2018 meningkat sebanyak 2.0 peratus tahun atas tahun, ini adalah anggaran ketiga GDP untuk suku pertama, di sebalik anggaran 2.2% yang diterbitkan bulan lepas. Perbelanjaan pengguna untuk perkhidmatan, perbelanjaan kesihatan, pelaburan inventori dan perbeanjaan insurans berjumlah kurang daripada yang dijangka oleh kerajaan yang membawa kepada pengiraan semula petunjuk paling penting ini untuk ekonomi negara.
Hari ini tekanan untuk dollar USD telah meningkat di tengah-tengah pemulihan EUR/USD yang impresif. Matawang Eropah telah memperoleh di tengah-tengah berita berkenaan perjanjian yang dicapai mengenai isu penghijrahan di persidangan EU. Sebagai tanda USD yang lebih lemah, pasaran emas ini menerima beberapa sokongan di dalam dagangan Asia.
Minggu hadapan US akan menyambut hari Kemerdekaan dan cuti kebangsaan ini akan mempengaruhi pasaran-pasaran kerana akan terdapat satu hari cuti dan juga sesi yang lebih pendek sebelumnya. Ini mungkin dipertimbangkan sebagai satu faktor lebih positif untuk pasaran emas. 'Traders' biasanya menetapkan posisi-posisi dan mengambil untung di hadapan hujung minggu yang panjang untuk mengurangkan risiko peristiwa-peristiwa luar jangka dan reaksi pasaran yang tidak diramal.
Kita boleh menjangkakan formasi latar belakang pasaran emas yang positif hari ini dan penarikan kembali harga. Di sebalik faktor-faktor fundamental yang dinyatakan sebelumnya terdapat faktor-faktor teknikal, yang selalunya melakukan peranan mereka di dalam pasaran emas. Zon $1250-$1239 adalah kawasan sokongan terkukuh untuk bulan tersebut. Untuk sasaran pertama kita tidak akan terlalu terkejut jika harga mencapai paras $1265 dengan segera.