Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit kekal rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan kekurangan permintaan belian terhadap unit tempatan itu, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.0360/ 0400 berbanding dolar AS daripada 4.0280/0310 pada paras penutup semalam.

Peniaga itu berkata dolar AS mengukuh berbanding renminbi China, justeru itu minat pelabur beralih kepada dolar AS.

"Dolar AS mengukuh sekarang. Peningkatan dolar AS dan prospek peningkatan perang perdagangan, menunjukkan laluan rintangan paling rendah kelihatan tinggi, dengan fokus utama seterusnya bagi ringgit pada paras 4.05 berbanding dolar AS," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen, apabila ia susut kepada 3.6674/6721 daripada 3.6655/6685.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9516/9556 daripada 2.9550/9577 dan naik berbanding pound British kepada 5.2924/2981 daripada 5.3230/3286.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6672/6727 daripada 4.6886/6925. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini