Salah satu soalan yang paling sering ditanyakan dalam seminar-seminar kami adalah "Bagaimana saya harus memilih rangkamasa (timeframe) bila berdagang?". Mari kita rungkaikannya di dalam artikel ini!
Pertama sekali, kita harus membeza-bezakan dia ntara apa yang dipanggil rangka masa yang "lebih besar" dan "lebih kecil". Sempadannya adalah rangka masa 1 jam (H1). Rangka masa yang tempohnya lebih besar dirujuk sebagai tinggi, besar atau panjang (4 jam, harian, mingguan, bulanan), sementara rangka masa yang tempohnya lebih kecil dianggap pendek, singkat atau kecil (30, 15, 5 minit).
Faktor-faktor pemilihan
Masa yang anda ada untuk berdagang. Masa yang anda sanggup laburkan untuk berdagang adalah faktor utamanya. Jika anda mahu buat banyak dagangan sepanjang hari, pilih rangka massa yang lebih kecil dan jadilah seorang scalper atau pedagang harian (Inggeris: day trader). Jika anda tidak boleh menjadi seorang pedagang sepenuh masa dan merancang lebih dari 1-3 dagangan seminggu, anda lebih sesuai dengan rangka masa besar. Mudah, benar?
Setiap set rangka masa mempunyai kelebihannya sendiri. Rangka masa lebih besar boleh membantu anda menghapuskan "hingar bingar pasaran" dan menangkap swing harga yang besar dan "lazat". Dalam masa yang sama anda mungkin membuat lebih banyak dagangan di rangka masa yang lebih rendah. Ini membolehkan anda mendapatkan duit secara berskala: lebih banyak dagangan yang anda buka, lebih banyak peluang untuk mencapai dagangan yang memberikan penghasilan.
Personaliti anda. Bila berdagang, anda perlu pastikan anda selesa. Analisa kekuatan dan kelemahan diri anda sendiri dan usahakan agar kedua-duanya menjadi kelebihan buat anda.
Jika anda bersedia untuk menghadapi tahap stres dan tekanan yang tinggi serta membuat keputusan yang pantas, anda boleh memilih untuk berdagang pada rangka masa yang lebih kecil. Anda perlu bersikap tenang, mengkambus kerugian dengan cepat dan menahan dari godaan untuk membalas dendam terhadap pasaran jika anda kalah. Selain dari itu juga, anda akan memerlukan ketahanan emosional sekiranya anda mendapat keuntungan besar supaya anda tidak terbawa-bawa dan mula merisikokan modal terlalu besar pada satu dagangan. Perdagangan pada rangka masa lebih kecil akan membolehkan anda merasa denyut nadi pasaran dan menjadi seorang pedagang yang sangat aktif.
Dalam masa yang sama, jika anda boleh bersabar dan cenderung berfikir dengan mendalam, pertimbangkan rangka masa yang lebih besar. Di sini anda perlu menunggu sebelum signal yang baik muncul dan kemudian menanti sehingga harga mencapai sasaran anda. Jika anda tidak mahu terburu-buru dan mahu mengambil masa menganalisa setiap dagangan dan hasilnya, inilah yang terbaik untuk anda.
Analisis teknikal. Adakah ini benar-benar satu faktor? Jika anda ditunjukkan 2 carta, anda mungkin tidak mampu katakan yang mana adalah carta rangka masa besar dan yang mana pula carta rangka pendek. Prinsip indikator seperti MACD dan purata bergerak, pola seperti Head & Shoulder atau Double Top, serta perkara seperti sokongan dan rintangan tetap sama tidak kira di rangka masa mana anda berdagang. Walaupun perkakas analisis yang sama tampak seperti memberikan hasil berlainan pada rangka masa yang berbeza, itu biasanya bergantung kepada tindakan seseorang pedagang dan kemahirannya.
Kemeruwapan intrahari. Perbezaan antara rangka masa M30 dan D1 adalah pola teknikal akan terbentuk lebih pantas pada M30 berbanding D1. Tambahan pula, perdagangan pada rangka masa yang lebih rendah lebih sensitif dengan pengumuman berita, namun anda boleh periksa kalendar ekonomi selalu dan putuskan sama ada mahu mengelak dari berdagang pada waktu sesuatu acara dijadualkan, atau sebaliknya mungkin cuba berdagang sempena berita.
Spread. Lumrahnya anda akan kerap fikirkan tentang spread bila anda berdagang di rangka masa yang rendah. Anda akan tutup dan buka lebih banyak dagangan. Keuntungan anda bagi satu rangka masa jangka pendek cenderung lebih rendah berbanding dengan keuntungan pada jangka masa lebih panjang, jadi spread akan memainkan peranan lebih besar. Awas akan perkara ini dan pilih instrumen yang mempunyai spread yang lebih nipis untuk perdagangan di rangka masa pendek.
Berapa banyak rangka masa harus dipilih?
Pasaran tampak sangat berbeza pada rangka masa berbeza. Ia mungkin downtrend di W1 dan uptrend di H4.
Sesetengah pedagang mencari satu rangka masa tunggal yang ideal. Yang lain pula cuba melihat pada semua rangka masa untuk setiap dagangan. Mereka cuba untuk melaras suatu dagangan pada M5 tetapi situasinya kerap berubah pantas di sana dan mereka terlupa apa idea yang mereka dapati dari carta harian.
Menggunakan beberapa rangka masa memberikan anda gambaran sepenuhnya. Ini dipanggil "analisis pelbagai rangka masa". Bila anda memutuskan rangka masa mana yang anda sedang fokuskan (besar atau kecil), pilih 2-3 daripadanya yang anda akan gunakan. Sebagai contoh, mungkin anda seorang pedagang swing dan menggunakan carta harian untuk membuat keputusan. Carta mingguan boleh membantu anda menentukan trend utama, sementara H1 akan menunjukkan anda trend jangka pendek. Dalam kes ini, tidak perlu untuk turun sekecil M5.
Idea pokok untuk analisis pelbagai rangka masa adalah untuk menganalisa rangka masa yang lebih besar dahulu, kemudian bergerak kepada yang lebih kecil. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran besar dan berupaya mencari tempat yang baik untuk pesanan anda. Jika anda mahu tahu lebih lagi tentang penggunaan beberapa rangka masa, baca artikel kami tentang sistem tiga saringan.
Kesimpulan
Seperti yang anda dapat lihat sendiri, tiada satu resepi yang universal berkenaan rangka masa terbaik, namun ada beberapa cadangan untuk memilih satu set rangka masa untuk perdagangan anda. Gunakan petua ini untuk mencari rangka masa yang paling sesuai dengan anda. Selamat berjaya!