Acara bola sepak terbesar di Rusia telah pun berakhir. Temasya berikutnya akan berlangsung 4 tahun lagi – mujur, para pedagang FBS mempunyai banyak kenangan dari peraduan FBS Football Journey yang mendapat sambutan hangat dari para pelanggan.
Bilangan total para pemenang mencapai 111 – dua pusingan dengan 55 pemenang setiap satu pusingan, serta tambahan seorang pemenang untuk set VIP bagi perlawanan antara Brazil dan Switzerland di Rostov Arena yang kami cabut dari kalangan pedagang Brazil. 111 orang – tampak seolah-olah FBS ialah sebuah kelab peminat di mana orang ramai berkongsi minat untuk perdagangan dan juga sukan, dan peraduan ini membuktikan kedua-duanya sangat serasi sekali digandingkan bersama.
Untuk memenangi tiket, para peserta perlu membuka akaun promo di FBS, caj akaun pertandingan dengan deposit $1000+ dalam satu transaksi, hubungkan akaun tersebut dengan perlawanan yang mereka mahu hadiri, dan berdagang sebanyak mungkin lot yang mereka mampu untuk masuk ke senarai Top 5. Para pedagang bertuah dari Jerman, Itali, Malaysia, Myanmar, Jepun, Indonesia, China yang telah memenangi tiket ke perlawanan akhir mengakui kepada kami bahawa ia satu kenangan manis yang akan mereka ingati sampai bila-bila.
Baca laporannya, kongsikan kegembiraan para pemenang kami dan ingatlah: FBS adalah sebuah wilayah yang kaya dengan peluang, setiakawan, dan keakraban. Temui jalan kejayaan anda bersama kami – semak pelbagai pertandingan dan promosi kami dan usahakanlah sehingga berjaya!