Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan kebanyakan mata wang negara serantau apabila Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell memberi kenyataan mengenai pengukuhan ekonomi AS dengan menunjukkan lebih banyak kenaikan kadar faedah tahun ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0570/0610 berbanding dolar AS daripada 4.0445/0485 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata ringgit turut terjejas berikutan penurunan harga minyak mentah.

Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent susut 55 cent kepada AS$71.61 setong.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9656/9690 daripada 2.9737/9768 pada Selasa, dan stabil berbanding euro kepada 4.7155/7217 daripada 4.7438/7489.

Mata wang tempatan juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2863/2931 daripada 5.3610/3667 semalam serta kukuh berbanding yen kepada 3.5909/5957 daripada 3.5986/6025.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini