Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelompok mata wang utama lain berikutan sikap tunggu dan lihat pelabur, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada di paras 4.0580/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0530/0580 diraih pada Rabu.

Pelabur lebih memilih untuk berdiam diri selepas berlangsungnya mesyuarat pemimpin dua negara kuasa besar ekonomi dunia, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker.

"Pelabur kini dalam proses untuk meneliti impak mesyuarat tersebut," katanya.

Susulan mesyuarat tersebut, kedua-dua pemimpin berkenaan telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama ke arah pelaksanaan cukai sifar, sekatan bukan tarif sifar serta subsidi sifar terhadap barangan perusahaan bukan automasi.

"Berikutan perkembangan itu, kami menjangkakan ringgit akan terus susut," katanya.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9812/9862 daripada 2.9766/9810 dan turun kepada 3.6625/6673 daripada 3.6464/6513 berbanding yen.

Bagi pound Britain, ringgit susut kepada 5.3521/3591 daripada 5.3337/3407 serta rendah berbanding euro kepada 4.7531/7606 daripada 4.7428/7503.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini