Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolarAmerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pelabur kekal tidak memasukipasaran menjelang pengumuman data penting negara maju ituserta kebimbangan berkaitan tarikh akhir tarif.
Pada 6 petang, nota tempatan disebut pada 4.0440/0480 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0500 ketika ditutup pada Selasa.
Peniaga berkata pasaran masih tidak menentu menjelang pengenaan tarif ke atasimport China bernilai AS$34 bilion pada Jumaat.
"Minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan AS yang akan dikeluarkanpada Khamis, serta data pembayaran gaji bukan ladang AS pada Jumaat akan memberi petunjuk seterusnya mengenai keputusan dasar monetari yang turut menjadikan pelabur bersikap tunggu dan lihat," katanya.
Semasa penutup, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulanmata wang utama.
Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9616/9651daripada 2.9618/9649 serta meningkat berbanding euro kepada 4.7048/7111 daripada 4.7156/7207 pada Selasa.
Bagaimanapun mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.3417/3486 daripada 5.3315/3371 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.6607/6650daripada 3.6479/6513.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini