Ringgit mengukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan dakwaan Presiden Donald Trump bahawa China dan Kesatuan Eropah (EU) memanipulasi mata wang negara masing-masing.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0490/0540 berbanding dolar AS berbanding 4.0600/0630 penutup Jumaat.


Public Investment Bank Bhd berkata, sokongan lanjut ringgit ialah persengketaan antara Rizab Persekutuan dan Donald Trump yang mengkritik dasar monetari negara itu.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9748/9796 daripada 2.9687/9718 Jumaat dan turun berbanding euro pada 4.7551/7614 daripada 4.7315/7366.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3216/3298 berbanding 5.2861/2904 dan lebih lemah berbanding yen kepada 3.6500/6549 daripada 3.6108/6138.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini