July 2018 - XM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

July 2018 - XM




XM Menerima Anugerah Pencapaian Untuk Perkhidmatan Yang Cemerlang

Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa XM menerima dua lagi anugerah pencapaian yang berprestij pada bulan Jun 2018 sebagai pengiktirafan untuk kecemerlangan dalam industri forex.

Sebagai pengiktirafan terhadap kualiti cemerlang yang diberikan kepada pelanggan, XM telah dianugerahkan sebagai Pendidikan & Penyelidikan Pasaran Terbaik oleh Capital Finance International Magazine (CFI.co) dan sebagai Broker FX Terbaik Eropah untuk tahun 2018 oleh World Finance Magazine.

Ketika memenangi dua anugerah tersebut, Chris A. Zacharia, Pengarah Pemasaran XM Group berkata:

”Ini merupakan satu penghargaan yang besar apabila kami menerima anugerah dari Capital Finance International Magazine dan World Finance Magazine untuk pencapaian yang dilakukan, lebih-lebih lagi untuk kali yang kedua dalam tempoh masa yang singkat. Kedua-dua anugerah ini mencerminkan maklum balas jujur puluhan ribu pembaca yang terdiri daripada pelabur, pengurus dana, penganalisis dan broker saham yang merupakan satu testimponi terhadap nilai-nilai yang ditunjukkan oleh XM Group. Pengiktirafan yang berterusan untuk etika perniagaan dan nilai profesional kami merupakan satu penghormatan dan pengesahan terhadap usaha berterusan yang dilakukan untuk mengekalkan kepimpinan kami dalam industri forex. Dengan jumlah pelanggan antarabangsa melebihi 1.5 juta pelanggan aktif, XM Group bersungguh-sungguh dalam memberikan manfaat kepada pelabur-pelabur online yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka kepada kami. Ini merupakan faktor terkuat yang mendorong XM Group sejak dari ia mula ditubuhkan”.

Tentang Capital Finance International Magazine (CFI.co)

CFI.co ialah sebuah jurnal pencetakan dan online terkemuka UK dalam bidang perniagaan, ekonomi dan kewangan yang menyediakan berita dan analisis untuk pasaran global. Tujuan program anugerah CFI.co adalah untuk mengenalpasti syarikat dan individu yang berusaha ke arah kecemerlangan dalam industri mereka pada setiap tahun. Pencalonan awal untuk anugerah CFI.co adalah berdasarkan maklum balas dari pembaca majalah, pelanggan dan pelawat laman web dan keputusan anugerah dibuat tanpa berat sebelah berdasarkan prestasi keseluruhan penama.

Tentang World Finance Magazine

World Finance merupakan majalah pencetakan dan online di UK yang menyediakan liputan dan analisis dalam industri kewangan, perniagaan antrabangsa dan ekonomi global. Sejak tahun 2007, panel pakar World Finance Forex Awards telah mengenalpasti dan memberikan anugerah kepada pemimpin pasaran yang menunjukkan rekod pencapaian yang cemerlang dalam industri mereka.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini