Ringgit terus ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia berikutan ia bersedia dengan kesan daripada tindakan yang diambil oleh AS untuk mengenakan duti lebih tinggi ke atas eksport keluli dan aluminium Turki, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0950/1000 berbanding dolar AS daripada 4.0900/0950 pada Isnin.

Peniaga berkata pelabur berhati-hati mengenai perkembangan perselisihan diplomatik antara AS dan Turki.

Turki telah membuat tindakan balas dengan memboikot produk elektronik AS berikutan penahanan seorang pastor Amerika.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.6909/6964 daripada 3.7054/7109 pada Isnin, bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9795/9851 daripada 2.9696/9743 semalam.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.2330/2410 daripada 5.2139/2219 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6699/6769 daripada 4.6544/6617.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini