Sebelum kita pertimbangkan strategi-strategi RSI, ada baiknya jika kita mulakan dengan takrifan ringkas RSI.
RSI (Relative Strength Index) adalah salah satu indikator osilator yang digunakan dengan meluas oleh para pedagang untuk menentukan titik pembalikan (berpatah arah). Idea utama di sini bila menggunakannya dengan pelbagai strategi adalah "jika RSI meningkat di atas sempadan 70, ini bermakna pasangan itu sudah terlebih dibeli. Jika RSi jatuh bawah dari sempadan 30 – pasangan itu sudah terlebih dijual.".
Mari kita pertimbangkan 2 strategi berdagang yang boleh digunakan dalam perdagangan anda sehari-hari.
Strategi #1
Kriteria:
• Pasangan matawang – apa sahaja
• Rangka masa – H4
• RSI – Tempoh adalah 8, harga yang digunakan adalah “Close”, aras: 30, 40, 50, 60, 70
Beli.
Langkah-langkahnya:
1. Bila RSI menyilang aras 50 dari bawah ke atas, pasang pesanan tertangguh Buy Stop 15 pip di atas candlestick di mana persilangan itu berlaku. Jangan lupa tentang Renti Rugi! Pasang Renti Rugi (Stop Loss) di aras harga terendah di sekitar candlestick semasa. Dan ingat jika index menyilang aras 50 sekali lagi, anda harus batalkan posisi ini.
2. Sebaik selepas indeks menyilang aras 60, pasang pesanan kedua. Renti Rugi harus dipasang pada harga terendah juga.
3. Bilakah masanya untuk tutup posisi ini? Sebaik selepas RSI menembusi aras 70 dari atas ke bawah.
Jual.
Langkah-langkahnya:
1. Bila RSI menyilang aras 60 dari atas ke bawah, pasangkan pesanan tertangguh Sell Stop 15 pip di bawah candlestick di mana persilangan berlaku. Renti Rugi (Stop Loss) boleh dipasang di aras tertinggi berdekatan (recent high).
2. Bila indeks ini menembusi aras 50, pasang satu lagi pesanan tertangguh di bawah candlestik persilangan. Jangan lupa tentang Renti Rugi.
3. Jika anda lihat kembali ke permulaan artikel ini, anda akan lihat bahawa aras 30 adalah aras penting. Jadi bila indeks menyilang aras 30 dari bawah ke atas, ini adalah amsa untuk mengambil keuntungan kerana ia signal harga akan berpatah balik ke atas.
Strategi #2 (candlestick ke-50)
Kriteria:
• Pasangan matawang – apa sahaja
• Rangka masa – apa sahaja
• RSI – Tempoh adalah 8, aras: 20, 80
Langkah-langkahnya:
1. Cari pasangan yang mempunyai candlestick yang lebih rendah dari 49 candlestick sebelumnya, dan candlestick ini kita panggil Candlestick Ke-50.
2. Pasang indikator RSI ke carta. Periksa jika indikator itu menyilang aras 20 dari atas ke bawah. Semak jika RSI berada di bawah aras 20 pada Candlestick ke-50. Hanya jika kedua-dua syarat dipenuhi, anda boleh teruskan dengan langkah berikutnya.
3. Kini tiba masanya untuk menunggu sebatang lagi candlestick yang lebih rendah dari Candlestick ke-50. Bagaimana pun, adalah penting untuk melihat kepada index. Indeks itu harus menunjukkan nilai lebih tinggi dari yang sebelumnya (ia adalah pencapahan/divergence antara indikator dan harga). Jika syarat-syarat ini juga dipenuhi, kita boleh mula mencari titik kemasukan.
4. Langkah seterusnya adalah menentukan kemasukan. Anda harus menunggu candlestick yang tutup di atas Candlestick ke-50. Selepas dari itu, anda boleh membuka posisi.
5. Langkah seterus adalah sangat penting dalam apa-apa dagangan: pasangkan Renti Rugi (Stop Loss). Lihat pada carta dan cari aras sokongan yang munasabah berdasarkan pergerakan harga sebelum ini. Renti rugi anda harus sedikit lebih rendah dari aras sokongan tersebut kerana harga boleh menyentuh garis sokongan dan melantun semula. Tetapi jika ia tidak melantun, risiko kejatuhan berterusan akan meningkat.
6. Langkah terakhir adlah mencari aras ambilan untung. Ada satu "golden rule" yang digunakan oleh para pedagang, iaitu nisbah risiko-ganjaran 1:3. Jadi jika anda sudah tentukan aras Renti Rugi anda, anda harus kira jarak antara titik masuk dan Renti Rugi, lalu letakkan Ambilan Untung (TP, Take Profit) 3 kali ganda jarak tersebut. Ini akan menjadi sasaran anda.
Petua: semua pedagang tahu bahawa signal dari hanya 1 indikator tidak memberikan keyakinan 100%. Adalah lebih baik untuk menggabungkan beberapa indikator. Jika anda lihat indikator lain itu memberi signal pembalikan (patah arah), adalah lebih baik untuk anda ambil kira signal tersebut dan mungkin tutup/batalkan posisi sebelum RSI memberikan signalnya!
Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa RSI adalah salah satu indikator yang paling boleh diandalkan. Malahan anda boleh menggabungkannya dengan indikator-indikator lain untuk mencipta strategi anda sendiri!