Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, menyongsang kenaikan semalam.
Ringgit berada pada 4.1300/1340 berbanding dolar AS pada 9 pagi, berbanding 4.1270/1310 penutup semalam.
Peniaga berkata, sungguhpun harga minyak bulis dengan penanda aras Brent menokok ke paras tertinggi empat tahun malam tadi, minat terhadap ringgit menyusut disebabkan kebimbangan berhubung ketegangan perdagangan antara AS-China, selain ketidaktentuan politik di AS.
Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0245/0279 daripada 3.0246/0279 Isnin.
Ringgit juga mengukuh berbanding yen kepada 3.6571/6616 daripada 3.6632/6678 dan lebih baik berbanding euro kepada 4.8532/8583 daripada 4.8575/8626.
Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4157/4226 daripada 5.4146/4215.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini