Kisah kejayaan seorang Rakaniaga FBS: Bagaimana program rakaniaga FBS boleh mengubah hidup anda selamanya - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kisah kejayaan seorang Rakaniaga FBS: Bagaimana program rakaniaga FBS boleh mengubah hidup anda selamanya


Tidak seperti banyak bisnes lain, Forex tidak membataskan potensi anda. Sampai ke satu tahap, seseorang itu boleh mentelaah peta dunia dan mempertimbangkan alternatif untuk meluaskan peluangnya membuat wang di pasaran global. Tetapi bagaimanakah anda boleh menemukan jalan yang betul? Bagaimanakah cara untuk peroleh lebih dan dalam masa yang sama mengurangkan sakit kepala?

Kami telah mengajukan soalan-soalan ini kepada Rakaniaga FBS yang berjaya dari Indonesia. Beliau meminta agar identitinya tidak didedahkan tetapi telah berjanji akan berkongsi pengalaman peribadi beliau seadanya agar para pembaca dapat meraih manfaat dari wawasan beliau dan kemudian melihat FX dari sudut yang berbeza.


Bolehkah anda ceritakan serba sedikit tentang pengalaman anda? Bagaimana anda boleh sampai ke tahap sekarang?

Saya sangat menyukai kata-kata Nassim Taleb yang ini: 
“Antara semua jenis ketagihan, tiga ini adalah yang paling berbahaya: heroin, karbohidrat dan gaji bulanan ”.

Saya mula berdagang Forex kerana saya tidak pandai hidup dengan cara makan gaji – ia menyiksa sanubari saya, lalu saya buat keputusan yang mengubah hidup saya: "Aku harus mencari jalan lain". Inilah permulaannya yang akhirnya menemukan saya kepada Forex. Gagasan kemerdekaan kewangan telah menambat hati saya, dan saya mula mencuba pasaran untuk melihat jika ia mampu menggantikan kerja sepenuh masa saya. 6 bulan kemudian, saya berhenti dari kerja pejabat saya untuk bertukar karier menjadi pedagang sepenuh masa.

Saya mencatat perkembangan dan kemajuan dengan baik. Ilmu asas yang saya ada tentang ekonomi dunia, dibantu dengan bahan-bahan pendidikan serta analitik FBS telah membantu saya menganjak purata pendapatan bulanan saya ke tahap yang baik. Saya benar-benar menikmati kebebasan kewangan yang saya baru temui itu: saya telah melangsaikan semua hutang-hutang saya, saya telah melibatkan diri dalam beberapa projek menarik bersama rakan-rakan saya, dan saya juga mempunyai wang yang cukup untuk berasa yakin dengan cabaran-cabaran masa hadapan.

Saya mahu mempunyai lebih banyak masa lapang, dan walaupun saya suka berdagang, saya tidak mahu menghabiskan terlalu banyak masa untuknya. Inilah waktunya di mana saya dapat tahu tentang Program Rakaniaga FBS.

Formulanya sangat mudah bagi saya: jika anda mahu maju, anda harus berkembang. Potensi anda terkekang bila anda berkerja seorang diri dan bergantung hanya kepada diri anda sendiri. Jika anda mahu lebih, anda harus tarik orang baru – jadi saya mula membina rangkaian saya. Inilah bagaimana saya menjadi Rakaniaga FBS.



Soalan paling lazim ditanya oleh rakaniaga newbie adalah bagaimaan caranya mereka menarik pelanggan-pelanggan pertama mereka. Pelanggan pertama anda datang dari mana?



Mencari pelanggan-pelanggan pertama adalah perkara yang agak mencabar pada permulaannya. Mula-mula saya cuba mendekati orang-orang yang saya kenal dan menyampaikan cerita mengenai Fbs kepada mereka. Saya sudah pun berdagang di Forex buat sekian waktu pada waktu itu, dan saya tidak melakukannya seorang diri – saya telah bertemu dengan beberapa pedagang di seminar-seminar Forex. Kadangkala saya berinteraksi di komuniti pedagang di Facebook, forum, blog, dan seksyen komen YouTube.

Saya tahu di mana orang-orang Forex biasa menghabiskan masa kerana saya salah seorang dari mereka. Sehinggalah di satu masa, saya sudah agak yakin bila berdagang, dan rakan-rakan pedagang akan bertanya untuk meminta tip-tip berguna. Satu hari, saya berfikir: "Saya tidak perlukan ijazah dalam bidang ekonomi atau mengetahui sains roket – apa yang saya perlu lakukan adalah menyampaikan kepada orang ramai yang mungkin akan berminat".

Jadi, saya sudah tahu di mana hendak mencari pelanggan-pelanggan pertama saya dan saya perlu berhadapan dengan cabaran seterusnya: bagaimana saya boleh menarik mereka dan pastikan mereka setia bersama saya?


Saya telah siapkan sistem robot dan mulakan komuniti Facebook saya sendiri, di mana saya telah poskan signal-signal perdagangan dan kongsikan nasihat perdagangan berdasarkan pengalaman sebenar saya. Saya telah menjemput orang ramai masuk ke komuniti saya dan saya usahakan sebaik mungkin agar ia sentiasa aktif.

Pada masa ini, saya sudah ada 46,000 pengikut, walaupun saya perlu belajar cara-cara mempromosikan diri di rangkaian sosial terlebih dahulu. Selain dari itu, anda tidak boleh menidakkan kuasa pemasaran dari mulut ke mulut! Para pengikut saya mencadangkan saya kepada rakan-rakan mereka, jadi sumber saya berkembang dengan agak pantas.



Berapa banyak masa dan wang yang anda habiskan untuk menjalankan bisnes Rakaniaga anda? 

Pada peringkat permulaan karier Rakaniaga saya, saya belanjakan sekitar $200 - $300 untuk iklankan komuniti saya di laman sosial. Pada mulanya, saya berkerja secara solo dan khususkan banyak masa mempromosikan diri saya.

Namun, bahagian teknikal promosi tersebut sangat mudah – Program Rakaniaga FBS membantu anda mencapai bakal pelanggan anda menerusi banner yang sudah disiapkan. Saya telah menghubungi pengurus peribadi saya (ya, anda akan menikmati servis ini sebagai rakaniaga FBS) dan dia telah memberikan saya panduan tentang apa yang syaa boleh lakukan untuk menarik orang ramai di rantau saya. Bila-bila saya menghadapi kesukaran memikirkan strategi seterusnya, saya akan mesej pengurus saya dan minta nasihat.

Sekarang, saya mempunyai 2 pembantu yang menolong saya dengan aktiviti promosi di rangkaian sosial, seminar dan semua hal ehwal berkaitan. Kami sebuah dream team, walaupun pada permulaan saya risau hendak mengamanahkan tugas kepada orang lain. Rakaniaga FBS mengajarkan saya untuk berkerja dalam rangkaian dan mengagihkan tugas – ia membantu memberikan saya lebih banyak masa untuk majukan karier saya.


Boleh anda ceritakan bagaimana dengan kemajuan keuntungan anda?

Secara purata, para pelanggan saya berdagang sekitar 800-1500 lot, ini membantu saya menjana sekitar $5000 sebulan dengan pelaburan promosi saya sekitar $200-$300. Saya agak berjaya, ia mengambil saya sekitar 6 bulan untuk menjadi Rakaniaga VIP di FBS. Saya telah menerima sijil saya, dapat mengenali pengurusan FBS, dan hubungan kami agak akrab sekarang. Mereka menjemput saya ke pesta-pesta tertutup, membantu saya maju sebagai Rakaniaga, dan saya rasa status saya sebagai Rakaniaga VIP itu sendiri meningkatkan kesetiaan pelanggan saya ke tahap yang tinggi.

Sampai di satu tahap, pengurus peribadi saya menasihatkan saya untuk menganjurkan seminar-seminar dan sesi latihan persendirian untuk para pedagang. Saya juga telah melancarkan laman web di samping menguruskan komuniti Facebook saya untuk meluaskan capaian, dan ia sangat berkesan. Ia mengembangkan client base saya, dan kini saya boleh menghasilkan $20,000/bulan.


Apakah bahagian yang paling mencabar dalam bisnes Rakaniaga?

Melihat ke belakang, saya fikir bahagian yang paling sukar adalah ketakutan akan perkara yang tidak diketahui. Saya khuatir tentang kemampuan memikul tanggungjawab menguruskan semua yang saya ada. Mujurlah, ia menakutkan hanya di peringkat permulaan. Rasa khuatir saya bertukar menjadi rasa bersemangat sebaik saya menerima komisen pertama saya, kerja saya dihargai oleh orang ramai, untuk saya maju ke hadapan terasa lebih mudah. Anda hanya perlu tekad memulakan langkah yang pertama.

Apakah instrumen kewangan yang paling bagus menurut pengalaman anda?

Sejujurnya, saya fikir promosi yang terbaik adalah kejujuran. Anda tidak boleh mengakal-akalkan ahli komuniti saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik untuk membantu mereka dengan signal dan nasihat yang berkualiti. Saya sangat teruja hendak membantu mereka untuk peroleh lebih di Forex. Kami seperti keluarga sekarang, jadi saya berasa sukar untuk mengecewakan mereka. Mereka tahu itu dan percayakan saya, dan ini semua magis sekali.

Apakah nasihat anda untuk pedagang baru?

Pastikan anda kongsikan signal yang bagus, kemaskini feed anda dengan kerap, jangan abaikan blog, komuniti Facebook/Messenger group – seberapa sukar untuk menarik pelanggan, lebih sukar lagi untuk anda mendapatkan kepercayaan mereka semula.

Juga, jangan ragu-ragu untuk minta bantuan! Broker saya sangat membantu dalam isu-isu pembangunan dan pengembangan bisnes, malah mereka membantu mempromosikan kelas-kelas saya, kerana kejayaan saya adalah kejayaan mereka juga, situasi menang-menang. Para pengurus boleh memberikan anda nasihat-nasihat yang cool, bersesuaian dengan rantau mana terletaknya pasaran anda.


Apakah yang paling menarik tentang menjadi Rakaniaga menurut anda?

Kini, saya boleh katakan bahawa saya akhirnya sudah menemui konfigurasi kerja yang sempurna untuk saya. Saya memperolehi pendapatan yang membuka dunia seluas-luasnya kepada saya: saya dapat berjalan-jalan, menemui orang, membuat rancangan dan membatalkannya jika saya rasakan perlu. 

Para pelanggan saya menghasilkan pendapatan pasif untuk saya, dan saya benar-benar suka mengenalkan Forex dan FBS kepada orang ramai. Bagi saya, gaya hidup Pedagang dan Rakaniaga berpaksikan kepada kebebasan, keyakinan dan minat. Saya terbuka dengan apa yang hidup ini bakal hadapkan kepada saya, termasuk kerjasama perniagaan yang baru. 

Saya fikir kita sedang hidup di zaman yang memberansangkan, di mana orang ramai akhirnya mula faham bahawa iltizam dan keberanian mampu memecahkan sebarang tembok sempadan dan stereotaip. Kita bebas memutuskan apa yang kita mahu, dan memilih cara untuk mencapai sasaran kita – untungnya buat kita, "cara" ini tidak lagi semestinya kerja pejabat yang bosan dan memualkan.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini