Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pengukuhan mata wang berkenaan di tengah-tengah peningkatan dalam ketegangan perdagangan.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1180/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1080/1110 pada penutup Khamis lalu.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata terdapat keyakinan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengumumkan perjanjian baharu dengan Kanada dan Kesatuan Eropah minggu ini yang mana akan menyediakan galakkan terhadap kebimbangan bahawa Presiden Donald Trump tidak bercadang memulakan perang perdagangan global.

“Bagaimana dolar US bertindak terhadap perkembangan perdagangan adalah penting terhadap sebarang perkembangan pada masa depan terhadap ringgit,” katanya kepada Bernama.

Tambahnya, adalah juga penting untuk memantau perkembangan yang berterusan lira Turki, memandangkan mata wang berkenaan berisiko untuk memasuki krisis fasa baharu.

“Jika lira dijual pada kadar sama seperti apa yang berlaku pada awal Ogos, ini akan menyebabkan pelabur utama menjauhkan diri daripada pasaran mata wang baharu muncul, sekali lagi.

“Ini bermakna bahawa ringgit akan sekali lagi menghadapi kejatuhan daripada sentimen pelabur pasaran baharu muncul,” kata Jameel.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti am Hari Kebangsaan.

Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.3209/3290 daripada 5.3462/3525 Khamis lalu, susut berbanding euro kepada 4.7740/7814 daripada 4.8055/8099 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9991/3.0036 daripada 3.0073/1100.

Ringgit juga rendah berbanding yen pada 3.7099/7154 from 3.6820/6863.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini