Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, kecuali AS dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, kecuali AS dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dipengaruhi pengukuhan dolar, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1430/1460 berbanding 4.1380/1420 jam 6 petang semalam.

Peniaga berkata, selera pelabur terhadap dolar AS meningkat selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini, sekali gus membendung permintaan terhadap mata wang negara maju dan membangun, termasuk ringgit.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0283/0316 daripada 3.0315/0349 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6505/6542 daripada 3.6697/6743.

Ringgit juga mengukuh berbanding euro kepada 4.8229/8276 berbanding 4.8427/8495 dan menokok berbanding pound British kepada 5.4182/4230 daripada 5.4315/4380.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini