Ringgit tinggi berbanding dollar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tinggi berbanding dollar


KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula daripada penyusutan awal untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan minat risiko pelabur bertambah baik susulan kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1270/1310 berbanding dolar AS daripada 4.1280/1320 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata, harga minyak mentah lebih kukuh, dengan menyaksikan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global terus bergerak melepasi AS$80 setong, telah menambah baik sentimen terhadap ringgit.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.6632/6678 daripada 3.6609/6654 pada Jumaat lepas.

Ia tinggi berbanding euro kepada 4.8575/8626 daripada 4.8607/8679 pada Jumaat minggu lepas serta meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0246/0279 daripada 3.0271/0304 dan stabil berbanding pound Britain kepada 5.4146/4215 daripada 5.4428/4501.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini