Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit pulih untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan berhati-hati hari ini ketika pelabur menunggu pembentangan Bajet 2019 esok, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1770/1820 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 ketika ditutup pada Rabu.

Peniaga berkata, prestasi ringgit juga seiring dengan mata wang serantau ketika pelabur tertarik dengan rancangan China merangsang perbelanjaan infrastruktur domestik bagi menanangai kelembapan ekonomi.

Peniaga berkata, pertumbuhan yang lebih kukuh dalam ekonomi terbesar di Asia itu akan dapat merangsang minat di pasaran serantau.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0270/0318 daripada 3.0176/0209 pada Rabu dan menyusut berbanding euro kepada 4.7530/7595 daripada 4.7414/7465 sebelum ini.

Ia menguncup berbanding pound Britain kepada 5.3908/3977 daripada 5.3262/3317 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6968/6015 daripada 3.6969/6005 semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini