Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan unjuran yang lebih rendah bagi mata wang AS itu, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1790/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1880 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata mata wang pasaran baharu muncul dilihat lebih menarik berikutan jangkaan kenaikan dolar AS mencapai penghujungnya.

"Perang tarif dilihat sudah mencapai kemuncaknya. Dalam kata lain, AS tidak akan menaikkan lagi tarif," katanya kepada Bernama.

Katanya, walaupun Ringgit tidak mencapai tahap rupiah Indonesia, rupee India dan peso Filipina, ia masih menarik minat pelabur.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit kebanyakannya lebih rendah.

Ia meningkat kepada 3.0388/0440 berbanding dolar Singapura daripada 3.0393/0434 pada Jumaat lalu, namun menyusut kepada 3.6865/6910 berbanding yen Jepun daripada 3.6842/6895.

Ringgit lebih rendah berbanding pound Britih kepada 5.2651/2714 daripada 5.2635/2710 dan merosot berbanding euro kepada 4.7340/7393daripada 4.7239/7299.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini