Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini susulan kemunculan minat baharu pembelian, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada  4.1770/1810 berbanding dolar daripada 4.1790/1830 pada penutupan Isnin.

Ketua Pedagang OANDA Asia-Pasifik Stephen Innes berkata dagangan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat lemah yang seterusnya menjejaskan sentimen, selain harga minyak yang rendah.

“Walaupun prestasi pertumbuhan dunia yang lemah, dan menjejaskan pasaran ekuiti tempatan, namun pasaran mata wang mengalami peningkatan selain tarikan ke atas bon yang kini memasuki pasaran pesat membangun.

“Ringgit masih menarik kepada pelabur ekoran ekonomi yang rancak, disokong oleh eksport minyak,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut kepada 3.0436/0469 berbanding dolar Singapur daripada 3.0388/0440 pada isnim dan rendah kepada 3.7047/7089 berbanding yen Jepun daripada 3.6865/6910.

Unit tempatan rendah berbanding pound British kepada  5.2689/2743 daripada 5.2651/2714 dan rendah berbanding euro kepada 4.7388/7450  daripada 4.7340/7393.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini