Ringgit lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan permintaan lemah terhadap nota tempatan, di tengah-tengah kebimbangan baharu berhubung peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan tahub depan.

Pada 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.1650/1700 berbanding dolar AS daripada 4.1640/1680 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, sungguhpun Rizab Persekutuan memberi bayangan bahawa ia tidak akan mempercepatkan kenaikan kadar faedah tahun depan, berbanding tiga kenaikan yang diunjurkan, peniaga tetap berhati-hati, kerana ini bermakna kadar faedah akan tetap dinaikkan.

“Sebarang kenaikan oleh Rizab Persekutuan akan memberi impak negatif kepada mata wang serantau, termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British, yang mana ia mengukuh kepada 5.3020/3105 daripada 5.3116/3184 Jumaat.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0386/0434 daripada 3.0385/0434, susut berbanding yen kepada 3.7035/7090 daripada 3.6899/6937, dan lebih lemah berbanding euro pada 4.7527/7601 daripada 4.7320/7373.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini