Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum meningkat apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh kenaikan harga minyak mentah di samping jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan menunda langkah mengetatkan dasar pada tahun ini, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1120/1160 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat pada 4.1340/1370.

Peniaga berkata, dolar AS yang rendah, disebabkan oleh kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell, bahawa ia boleh menghentikan pengetatan dasar seperti mana dilakukan pada 2016, yang mencetuskan minat kepada mata wang pesat membangun termasuk ringgit.

Sementara itu, ringgit kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7037/7099 daripada 4.7144/7199, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0284/0334 daripada 3.0357/0395 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8004/8044 daripada 3.8260/8298 pada Jumaat.

Bagaimanapun, ia susut berbanding pound British kepada 5.2424/2491 berbanding 5.2378/2432 pada Jumaat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini