Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika dolar mengalami penyusutan berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menangguhkan langkah mengetatkan dasarnya pada 2019.

Pada 9.18 pagi, ringgit berada pada 4.1200/1250 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1370 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata, minat pelabur beralih kepada ringgit susulan kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell pada Jumaat lalu bahawa bank pusat itu tidak menetapkan kekerapan kenaikan kadar faedah malah ia akan sensitif kepada risiko negatif harga dalam pasaran.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British, apabila unit tempatan turun kepada 5.2468/2536 daripada 5.2378/2432 pada Jumaat lalu.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0310/0358 daripada 3.0357/0395, naik berbanding yen Jepun kepada 3.7969/8025 daripada 3.8260/8298 dan stabil berbanding euro kepada 4.6997/7070 daripada 4.7144/7199.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini