Ringgit kembali melantun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali melantun


KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari jumaat apabila pelabur beralih kembali kepada mata wang negara sedang pesat membangun berikutan prospek lemah ekonomi AS, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang Jumaat mata wang tempatan berada pada 4.1340/1370 berbanding dolar AS, naik 70 mata asas daripada paras penutup 4.1410/1460 pada Khamis.

Peniaga itu berkata dolar AS berada di bawah tekanan berbanding mata wang lain berikutan kebimbangan pemain pasaran terhadap petanda pertumbuhan ekonomi perlahan di Amerika Syarikat.

Peniaga lain bagaimanapun berkata prestasi aset pasaran sedang pesat membangun dijangka sangat mencabar kerana pengelakan risiko akan meningkat.

Pada masa hadapan, beliau berkata permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS dan yen Jepun dijangka berterusan.

"Buat masa ini, dolar AS menyusut pada kadar yang perlahan. Kami menjangka ringgit diniagakan dalam jajaran kecil dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding pound British kepada 5.2378/2432 berbanding 5.2090/2173 pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.7144/7199 daripada 4.7104/7165.

Ringgit juga jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0357/0395 daripada 3.0321/0369 tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8260/8298 daripada 3.8457/8514 pada Khamis.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini