Ringgit mengukuh berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding dolar




KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi, berlegar sekitar AS$61.15 setong, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit ditambat pada 4.1225/1275 berbanding dolar daripada 4.1410/1450 pada Khamis.

Minyak mentah meningkat selepas Presiden AS Donald Trump memberi bayangan untuk mengenakan sekatan ke atas Venezuela, sebuah negara pengeluar minyak, kata peniaga.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang dijangkakan, mengikat kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pertamanya tahun ini, semalam.

Seorang peniaga berkata pasaran menjangkakan OPR dikekalkan pada paras semasa sepajnang tahun, bagi menyediakan kestabilan kepada pasaran tukaran asing.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0346/0685 berbanding 3.0435/0469 pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 4.6704/6769 berbanding 4.6984/6033.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7542/7598 daripada 3.7728/7775 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.3935/4004 daripada 5.4019/4080.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini