Strategi berdagang dengan "Dead Cat Bounce" - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Strategi berdagang dengan "Dead Cat Bounce"



Pengenalan

Bayangkan anda sedang dagangkan pasangan matawang kegemaran anda di dalam pasaran yang telah bear untuk satu masa yang panjang. Tiba-tiba, harga mula menaik ke atas. Namun, anda tidak cepat jadi keliru. Mungkin anda sedang berhadapan dengan apa yang dipanggil dead cat bounce. Tunggu, jangan takut. FBS mengambil berat kebajikan haiwan dan alam sekitar! Ini hanyalah nama untuk pengunduran (retracement) jangka pendek. Pun begitu, ia boleh saja menjadi "deadly" untuk anda terutamanya jika anda tidak mengetahui bagaimana anda harus berdagang dengan situasi seperti ini dan cara untuk membezakan antara lantunan sebegini dengan pengunduran sebenar. Di dalam artikel ini, kami menawarkan penjelasan tentang Dead Cat Bounce dan strategi berdagang yang boleh digunakan sewaktu pembalikan yang sebegini.


Apakah itu "Dead Cat Bounce"?

Maksud di sebalik nama ini mudah sahaja: kucing yang sudah mati sekali pun boleh melantun jika ia jatuh cukup laju. Istilah "dead cad bounce" merujuk kepada keadaan di mana pasaran melantun semula setelah pergerakan menurun yang berlarutan. Namun, lantunan sebegitu biasanya berlangsung dalam masa yang pendek. Ketika pasaran bergerak ke atas dan ke bawah, pengunduran (retracement) dalam pelbagai rupa boleh terbentuk. Inilah sebabnya mengapa situasi sebegini digunakan oleh sesetengah pedagang untuk membuat wang.

Pertama sekali anda perlu mengasingkan lantunan semula yang sebegitu dari pembalikan sebenar. Berikut adalah panduan ringkas cara-caranya:

- Awas dengan trend semasa.

Trend bearish yang kuat biasanya berlanjutan untuk masa yang panjang. Anda boleh pelajari cara-cara mengesan dan mengesahkan downtrend di sini.

- Ketahui peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku di pasaran.

Jika ada bank pusat berkaitan yang akan membuat pengumuman penting (Fed, contohnya) atau jika ada sebarang berita penting sewaktu downtrend, kebarangkalian munculnya dead cat bounce adalah tinggi.

- Berikan perhatian kepada indikator-indikator teknikal.

Terdapat beberapa indikator teknikal yang boleh membantu mengenalpasti arah pergerakan semasa harga. Ia termasuklah Parabolic SAR, Jalur Bollinger, Standard Deviation, ADX dan Purata Bergerak (Moving Average). Anda boleh ketahui cara-cara mengaplikasikan mereka dengan betul dari Buku Panduan Forex. Adakalanya, indikator-indikator osilator boleh memberikan signal pembalikan (reversal) juga. Sebagai contoh, jika RSI jatuh ke zon terlebih jual (oversold), kita boleh menjangkakan harga akan naik ke atas.Jika beberapa syarat ini tidak dipenuhi, maka anda mungkin sedang berhadapan dengan penyongsangan palsu, yang dikenali sebagai "Dead Cat Bounce".

Berdagang dengan Dead Cat Bounce

Bila anda telah mengenal pasti Dead Cat Bounce, anda perlu membuka posisi short bila pasangan menembusi aras terendah terakhir (last bottom level) sebelum suatu Dead Cat Bounce. Adalah sangat-sangat penting untuk beri perhatian kepada pergerakan harga, kerana anda mungkin terlepas masa yang betul untuk masuk ke pasaran.

Di bawah, kami jelaskan strategi berdagang dengan Dead Cat Bounce.

1. Kenal pasti trend bearish yang kuat

2. Periksa indikator trend: jika Parabolic SAR dan Jalur Bollinger menunjukkan pasangan sedang downtred, ia mungkin akan berlanjutan.

3. Tunggu harga menembusi garisan trend dan naik ke atas.

4. Bila penyongsangan berlaku sewaktu downtrend, tetapi indikator-indikator memberikan signal pasaran yang bearish, tunggu harga turun.

5. Tandakan aras terendah terakhir sebelum Dead Cat Bounce.

6. Jika kandil tutup di bawah aras terendah terakhir, ia mengesahkan Dead Cat Bounce dan anda boleh buka posisi short.

7. Jangan lupa tentang renti rugi (stop loss)! Jika bulls mengambil alih pasaran, harga akan terus naik lagi dan anda berpotensi kerugian. Letakkannya di bawah harga tertinggi sebelum ini.

8. Teruskan berada di pasaran sehingga tekanan bearish bersambung.

Contoh

Mari kita lihat pada carta 4 jam EUR/USD. Di sini kita boleh lihat, harga untuk pasangan ini telah naik, walaupun sedang downtrend dan garisan trend telah dibolosi. Tambahan lagi, Parabolic SAR tidak memberi isyarat penyongsangan, begitu juga dengan Jalur Bollinger. RSI terletak di tengah, yang juga boleh ditafsir sebagai penerusan trend. Selepas pasangan ini jatuh ke harga terendah yang terakhir di 1.1499, Dead Cat Bounce telah disahkan dan kita boleh buat pesanan short di aras ini. Dalam masa yang sama, kami telah meletakkan pesanan renti rugi di atas harga tertinggi terakhir pada 1.1541.



Namun awas, anda mungkin berhadapan dengan penyongsangan yang sebenar. Pada carta AUD/USD di bawah, anda boleh lihat terjadinya lonjakan harga. Namun, walaupun ada candlestick bearish yang terbentuk selepas kenaikan dan menarikan pasangan itu lebih rendah dari harga terendah sebelumnya (previous bottom), pasaran berubah trend. Jika kita lihat pada RSI, ia jatuh rapat dengan zon terlebih jual (oversold zone). Itulah sebabnya kami mencadangkan kepada anda untuk menganalisa langkah-langkah anda di pasaran yang selanjutnya dengan lebih cermat. Seandainya anda membuka posisi short, renti rugi yang diletakkan di atas 0.7069 mampu menyelamatkan anda dari natijah yang malang.



Perhatian: Frasa "masa itu wang" sangat sesuai dengan strategi seperti ini. Jika anda tidak memasuki pasaran pada waktu yang betul, anda mungkin ketinggalan satu peluang berdagang yang besar.


Kesimpulan

Dead Cat Bounce mungkin sukar dan penuh helah, oleh kerana itu anda berdagang sewaktu situasi ini dengan penuh berhati-hati. Nasihat utama yang anda perlu ikuti adalah untuk bersabar dan menunggu lebih banyak pengesahan di carta.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini