10 tahun di persada! Selamat hari ulangtahun buat FBS! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

10 tahun di persada! Selamat hari ulangtahun buat FBS!


FBS telah berada di sisi anda selama sedekad kini – hooray untuk tonggak besar 10 tahun!

Ia adalah hari yang sangat penting dan menggembirakan buat kami. Kami bersyukur dapat berada di sini untuk para pelanggan kami selamat 10 tahun kini – dan untuk lebih lama lagi di masa hadapan! Sepanjang waktu ini, FBS telah berkembang dari sekumpulan entusias Forex menjadi sebuah broker antarabangsa yang besar.

Kami telah mencapai 12 juta pelanggan di seluruh dunia – dan kepercayaan mereka adalah hadiah terbaik dan paling menggembirakan buat kami. Semua promosi, seminar, anugerah dan pencapaian tidak mungkin dapat diraih tanpa anda, pelanggan yang kami sayangi. Jadi hari ini bukanlah khusus untuk kami sahaja – ia hari untuk anda juga.

Kini 10 tahun di pasaran, dan ini baru permulaan. Lebih banyak negara, lebih manfaat, lebih banyak penerokaan berani bakal kami tempuhi – mari kita ke sana bersama-sama!


Hari ini, pada 9 Februari, FBS meraikan hari ulangtahun penubuhannya! Dan bukan sahaja hari ulangtahun – ia tarikh tonggak penting 10 tahun.
Kami telah melayari persada ini selama 10 tahun kini dan percayalah, kami merancang untuk membawa kapal kami meneroka banyak lagi wilayah dan cabaran baru.

Sepanjang 10 tahun ini, kami mendapat markah penuh di dalam:

Menyediakan servis-servis yang cemerlang kepada para pelanggan kami
Berterusan mempertingkatkan produk kami
Dengan ghairah membantu para pelanggan kami mencapai kebebasan kewangan
Menyayangi para pelanggan kami dengan sepenuh hati!

FBS: 10 tahun di persada! Selamat hari ulangtahun buat kami.Masa untuk keraian, hadiah dan kenangan-kenangan manis


Tidak satu pun dari pencapaian ini mampu terjadi jika ia bukan kerana anda! Para pelanggan adalah sumber dorongan dan inspirasi utama buat kami, dan kepercayaan anda adalah hadiah terbesar yang boleh kami pinta.

Minggu hadapan, kami menjanjikan anda Pesta Ulangtahun mega! Dan itu, tentu sekali, bermakna ada banyak hadiah, bukan untuk kami, tetapi untuk anda. Hadiah-hadiah yang menggiurkan, kenangan manis, dan peluang besar menanti – jangan sampai terlepas.
Teruskan bersama kami!




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini