Ringgit ditutup tertinggi dalam tujuh bulan berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tertinggi dalam tujuh bulan berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tujuh bulan pada 4.0670/0720 berbanding dolar US, dengan kali terakhir paras itu dicatatkan pada 20 Julai, 2018 iaitu 4.0600/0630, berbeza dengan aliran mata wang negara serantau, disokong oleh kenaikan harga komoditi terutamanya minyak sawit.

Hari ini merupakan hari dagangan kelima berturut-turut ringgit meneruskan aliran meningkat, selepas mencatatkan paras tertinggi dalam enam bulan pada 4.0715/0765 pada Khamis.

Peniaga berkata setakat ini pada tahun ini, ringgit meningkat 1.5 peratus berbanding dolar US.

Pada November 2018, harga fizikal minyak sawit turun di bawah RM2,000 satu tan kepada RM1,973 satu tan, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan industri itu yang menampung lebih tiga juta pekebun kecil.

Hari ini, harga fizikal di MSM tempatan berada pada paras RM2,190 satu tan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9988/9029 daripada 3.0017/0058 pada Khamis dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7023/7079 berbanding 3.7004/7059 semalam.

Berbanding euro, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.6059/6124 daripada 4.6191/6252 tetapi menyusut berbanding pound British kepada 5.2590/2667 daripada 5.2547/2619 pada Khamis. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini