Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas di tutup kepada paras tertinggi dalam tempoh lebih enam bulan semalam iaitu paras yang terakhir dicatatkan pada 1 Ogos 2018.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan kepada 4.0650/0700 berbanding penutup Rabu iaitu 4.0640/0700.

Bagaimanapun, peniaga berkata, kedudukan ringgit secara relatifnya masih positif dengan prospek harga minyak mentah lebih tinggi yang berkemungkinan membendung kemerosotan mata wang tempatan itu.

Beliau turut menjelaskan, pelabur dolar AS juga kekal berhati-hati berhubung ketegangan yang dicetuskan antara pentadbiran Presiden AS, Donald Trump dan Kongres yang dikawal oleh parti Demokrat.

“Ia berlaku selepas 16 negeri memfailkan tuntutan undang-undang terhadap pentadbiran Trump berikutan pengisytiharannya darurat negara susulan kontroversi tembok keselamatan Mexico,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0080/0121 daripada 3.0066/0115 semalam, susut berbanding pound Britain kepada 5.3012/3097 daripada 5.2986/3081 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.6724/6779 daripada 3.6679/6743 .

Bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6105/6182 daripada 4.6106/6195 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini