Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan sentimen pasaran kekal positif di tengah-tengah perbincangan perdagangan yang sedang berlangsung antara AS dan China.

Semasa ditutup, ringgit meningkat 50 mata asas kepada 4.0780/0830 berbanding dolar AS daripada 4.830/0880 pada Isnin.

Peniaga berkata, jangkaan bahawa kemelut perdagangan yang semakin reda melonjak selera risiko pelabur, sekali gus menyebabkan permintaan terhadap mata wang pasaran baharu muncul yang lebih berisiko seperti ringgit meningkat berbanding dolar AS.

"Suasana positif itu turut mengimbangi impak penyusutan harga minyak mentah," katanya.

Rundingan perdagangan antara AS dan China pada minggu lalu di Beijing dilaporkan berjalan lancar dan akan diteruskan di Washington lewat hari ini.

Minyak mentah penanda aras Brent diniagakan pada AS$66.32 satu tong pada 6.12 petang, susut 27 peratus berbanding penutup terakhir.

Pada ditutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0052/0093 daripada 3.0100/0145 pada Isnin dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2680/2761 daripada 5.2724/2797

Berbanding yen Jepun, ia meningkat kepada 3.6812/6867 daripada 3.6934/6982 sebelumnya dan meningkat berbanding euro kepada 4.6085/6158 daripada 4.6195/6264.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini