Bagaimana anda boleh menggunakan EMA di dalam perdagangan anda - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana anda boleh menggunakan EMA di dalam perdagangan anda



Mungkin anda pernah berfikir jika purata bergerak (moving averages) lebih dari sekadar garisan berwarna-warni di carta anda. Ia sebenarnya adalah perkakas yang ampuh untuk digunakan dalam strategi perdagangan anda. Hari ini, kita akan pelajari sesuatu yang baru tentang sejenis purata bergerak yang spesifik, yang dipanggil sebagai purata bergerak eksponen (EMA, exponential moving average).

Simple MA vs Exponential MA

Seperti yang anda ketahui, ada empat jenis purata bergerak: simple (ringkas), exponential (eksponen), smoothed (terlicin) dan linear weighted (berwajaran linear). Perbezaan utama antara mereka terletak pada sensitiviti terhadap perubahan di data pengiraan.Purata bergerak eksponen (EMA) memberikan wajaran (pemberat) yang lebih tinggi pada harga semasa, sementara purata bergerak ringkas (SMA) memberikan pemberat sama rata kepada semua nilai. Oleh kerana EMA memberikan lebih pemberat kepada data yang terkini berbanding data lama, ia lebih reaktif kepada perubahan harga berbanding SMA. Inilah sebabnya sesetengah pedagang lebih menggemari jenis purata bergerak ini.Pengiraan EMA sedikit lebih rumit berbanding pengiraan MA ringkas. Mula-mula sekali anda perlu kirakan purata bergerak ringkas.

SMA = jumlah harga-harga tutup untuk bilangan tempoh masa yang ditetapkan / bilangan tempoh tersebut

Kemudian anda perlu mengira pekali bagi faktor pelicinan/pemberat bagi EMA sebelumnya.

Pekali = 2 / (bilangan tempoh + 1)

Akhir sekali anda akan mendapat purata bergerak eksponen untuk tempoh semasa.

EMA untuk tempoh semasa = (harga penutup - EMA unutk tempoh sebelum) * pekali + EMA (tempoh sebelum).

Anda boleh menggunakan SMA sebagai EMA untuk tempoh sebelum jika anda mengira EMA untuk kali pertama.

Syukurlah dengan perkembangan teknologi di era ini, kita tidak perlu mengira sendiri purata bergerak ini semua. Komputer boleh melakukannya untuk kita. Untuk memasang purata bergerak pada carta anda di MetaTrader 4, anda perlu memilih " Insert" > "Indicators" > "Trend". Kemudian anda perlu klik pada butang "Moving Average" dan tukar jenis MA kepada "Exponential".

Berdagang dengan EMA

Ada pelbagai cara untuk menggunakan EMA dalam perdagangan. Mari kita pelajari strategi yang paling lazim di mana purata bergerak eksponen boleh membantu anda.

1. Ia boleh memberikan signal jual/beli

Strategi yang disenaraikan di bawah sangat sesuai untuk scalper.Strategi untuk buka posisi long:

• Tunggu EMA pendek menyilang EMA panjang dari bawah ke atas

• Tunggu pengesahan lain (penembusan aras penting)

• Letakkan renti rugi anda di atas atau di bawah zon pengukuhan di bawah titik kemasukan anda.

• Pantau pergerakan purata bergerak anda

• Tutup posisi anda selepas EMA pendek menyilang EMA panjang dari atas ke bawah.

Di dalam rajah ini, kami telah menggunakan EMA 13 tempoh coklat dan EMA 21 tempoh oren di carta 5 minit AUD/USD pada 25 Februari. Bila jalur coklat menyilang jalur oren dari bawah ke atas, pasangan mulai bergerak ke atas. Sebagai contoh, anda masuk dengan posisi long pada 0.7162 dengan renti rugi pada 0.7155. Kemudian anda menantikan EMA coklat untuk menyilang EMA oren dari atas ke bawah dan menutup pesanan anda pada 0.7173.



Begitu juga sebaliknya, jika jalur coklat (EMA pendek) menyilang jalur oren (EMA panjang) dari atas ke bawah, ini boleh memberikan isyarat peluang untuk membuka posisi short. Anda perlu menutup posisi anda bila EMA pendek menyilang EMA panjang dari bawah ke atas.Di carta yang sama, persilangan dua EMA pada 21 Februari membantu anda membuka posisi short pada 0.7097 dengan renti rugi pada 0.7104. Anda menunggu untuk satu lagi persilangan dan telah menutup posisi anda berhampiran dengan aras sokongan di 0.7077 3 jam kemudian.



2. Ia boleh digunakan sebagai aras rintangan dan sokongan yang dinamik

Adakalanya, purata bergerak eksponen boleh digunakan sebagai aras-aras sokongan dan rintangan. Pada carta 5 minit AUD/USD, kita boleh lihat bagaimana harga boleh menemui sokongan dan rintangan sekitar EMA 10 tempoh. EMA sentiasa bergerak ke atas atau ke bawah bergantung kepada aksi harga. Ia mungkin membantu, tetapi ia banyak helahnya juga. Kami sangat mengesyorkan anda untuk mengikuti aksi harga, bukannya meletakkan sokongan dan rintangan secara buta-buta di kawasan ini.



Berhati-hati!

Kelemahan besar purata bergerak eksponen adalah ia meningkatkan risiko fakeout atau signal yang tidak relevan. Inilah sebabnya mengapa anda perlu mengambil kira trend semasa dan aksi harga sebelum membuat keputusan berdagang.

Kesimpulan

Purata bergerak eksponen adalah indikator yang sangat berguna, yang boleh membantu anda membina strategi berdagang anda terutamanya jika anda seorang scalper. Implementasi EMA yang bijak akan meningkatkan peluang untuk memperolehi keuntungan dan merendahkan risiko.






Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini