Bagaimanakah caranya untuk berdagang tanpa rugi? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimanakah caranya untuk berdagang tanpa rugi?




Tips yang membinasakan dan petua emas

Setiap pedagang pasti mahu tahu cara-cara untuk berdagang tanpa kerugian. Malangnya, kita semua melakukan kesilapan. Adakalanya kelihatan seperti kita telah membuat keputusan yang genius, tetapi kemudian kita pelajari bahawa mustahil untuk membuat keputusan yang lebih bodoh dari apa yang kita telah lakukan.

Sememangnya tidak mungkin untuk kita berdagang tanpa kerugian langsung, tetapi kita boleh meminimumkan risiko. Kami telah kumpulkan beberapa salah tanggapan yang paling lazim agar anda dapat mengelakkan kerugian yang besar. Baca petua-petua emas kami, dan senyumlah bila mengenangkan keputusan-keputusan "genius" lalu – dan jangan ulangi lagi kesilapan yang sama!

Mula-mula sekali

Alkisah, saya telah mula berjinak-jinak dengan Forex. Saya mahukan keuntungan yang besar-besar dan saya mahukan ia secepat mungkin! Lalu saya pun depositkan wang simpanan saya tanpa bertangguh-tangguh lagi, dagangkan semua pasangan matawang, dan tentu sekali saya juga menggunakan leveraj terbesar kerana keuntungan sekadar $1 atau $2 tidak berbaloi sama sekali







Nah, dengan angan-angan sebegitu anda berisiko membakar semua wang anda dalam satu hari. Untuk meminimumkan risiko, anda perlu pastikan betul-betul bahawa anda telah mengambil semua langkah-langkah pengurusan risiko yang asas. Rahsia bagaimana kerugian boleh dihadkan ada pada tiga sekawan: Leveraj - Renti Rugi - Pensaizan Posisi.

Ia sememangnya bagus untuk mempunyai lebih banyak wang di akaun bila anda bila anda mula berdagang: jiika anda ada $1000 di akaun anda dan rugi $10, secara psikologinya ia kurang mempengaruhi anda berbanding bila anda ada hanya $50 sahaja ketika bermula. Tetapi, bagaimana pula jika anda memutuskan untuk membuka posisi yang lebih besar? Itu menjadikan risiko lebih tinggi. Ini petua emas dari para pedagang berpengalaman: risikokan tidak lebih dari 1-2% dari deposit anda untuk setiap satu dagangan. Jika anda mahu pelajari lebih banyak tentang tiga sekawan tadi dan mahu mengkajinya dengan mendalam sila baca di Buku Panduan Forex kami tentang pengurusan risiko.

Anda tidak suka teori? Kalau begitu anda boleh bermula dengan berlatih. FBS menawarkan anda satu bonus alu-aluan yang menyelesaikan masalah ini. Trade 100 Bonus telah direka dengan rapi dan cermat untuk mendapatkan keseimbangan antara ketiga-tiga faktor pengurusan risiko yang disebutkan tadi. Yang paling penting, anda tidak perlu melabur modal permulaan untuk mula berdagang, anda menerima $100 sebagai modal permulaan perdagangan anda. Anda berdagang, anda belajar, anda cuba keluar dari "comfort zone" anda untuk beranjak ke dunia Forex sebenar – ia permulaan yang terbaik!

Strategi-strategi

Kenapa ketegar untuk bersusah-susah sangat? Saya boleh sahaja buka pesanan dan kemudian pergi minum teh atau buatlah apa pun, bukankah dalam filem banyak ditunjukkan begitu. Tiada apa yang penting melainkan dari skrin MetaTrader, tiada gunanya kita baca berita, apatah lagi media sosial – itu semua pengaruh yang menyesatkan, saya tahulah



Ada beberapa poin di mana anda betul: ada dagangan jangka panjang dan ada yang jangka pendek. Dagangan jangka panjang bererti anda membuka posisi dengan sasaran ambilan untung yang jauh, namun di dalam kes sebegitu pun anda masih perlu memantau pasaran dengan sebelah mata ketika membancuh teh. Namun jika anda seorang pemula baru, masih hijau lagi, dagangan jangka panjang mungkin cara yang terlalu berisiko untuk peringkat permulaan.

Jadi, sementara anda masih sedang belajar, pilihlah untuk berdagang jangka pendek – cari untung dengan kuantiti, bukan dengan volum pesanan. Contohnya, scalping digunakan dengan meluas oleh pedagang baru mahu pun pedagang profesional sebagai strategi – secara mudahnya mereka ini adalah sebilangan besar dari golongan pedagang kecil-kecilan. Biasanya, pesanan ditutup dalam masa yang sangat singkat dari beberapa minit di kurun XX dan sesingkat beberapa milisaat sekarang.

Secara teknikalnya scalping dilakukan berdasarkan data MetaTrader – untuk strategi ini anda tidak perlukan lebih dari carta MT. Bila anda memutuskan untuk pergi lebih jauh dan jadikan scalping hanya salah satu "senjata" anda, anda akan perlu menggandingkan analisis teknikal dan analisis fundamental.

Anda mahu berdagang seperti di dalam filem? Ini peluang anda untuk mendekati idea ini. Pasaran adalah satu sistem yang sangat fleksibel sekali dan berubah-ubah, dan berita memainkan peranan besar dalam membentuk trend. Tambahan lagi, bukan hanya berita ekonomi dan kewangan – berita politik juga mempengaruhi pasaran, dan perkembangan kebudayaan boleh memberikan impak ke atas kadar matawang. Dan jangan lupa gosip-gosip pedagang – ia juga ada kesannya! Jadi seperti yang anda boleh lihat, anda boleh duduk di bawah tempurung bersama dengan MetaTrader sahaja, tetapi akan terlepas banyak maklumat dan peluang.

Kenapa perlu kerja bila anda boleh "chill"

Saya kenal seorang mamat ni, dia memang super sukses berdagang, dan saya tak ada masa nak kisahkan pasal benda alah Forex ini. Nanti saya kasi sahaja wang saya kepada dia dan biar dia yang berdagang untuk saya. Nah, itu master plan pintar saya



Dari satu perspektif, idea itu nampak meragukan. Bayangkan kalau pedagang "super sukses" ini tiba-tiba dirundung seminggu yang malang – sebaik selepas anda berikan beliau wang anda. Kebetulan? Mungkin, tetapi menyenangkan buat pedagang cemerlang yang meragukan, dan malang buat anda pula.

Namun jika anda masih lebih cenderung sekadar menjadi seorang pelabur, berbanding menjadi seorang pedagang dan mahu mencari wang tanpa perlu menimba apa-apa ilmu secara spesifik, anda perlu pastikan pedagang anda seorang yang adil dan bersih, dan prosesnya harus telus. Untuk tujuan ini anda boleh gunakan FBS CopyTrade. Secara asasnya apa yang anda perlu lakukan adalah laburkan sejumlah wang dan pilih seorang pedagang untuk anda tiru gerak-geri mereka di pasaran.

Memilih pedagang adalah bahagian yang penting untuk membuat wang dengan CopyTrade. App ini ada segalanya yang anda perlukan untuk membuat keputusan ini: kadar pulangan, carta yang menunjukkan peratusan pesanan yang menguntungkan, indikator dinamik untuk prestasi Pedagang dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang CopyTrade, sila lihat "CopyTrade untuk Pelabur: buku panduan menuju kejayaan".

Mana petua emasnya?

Seperti yang anda boleh lihat, tiada petua tertentu yang boleh membantu anda berdagang tanpa kerugian, tetapi ada banyak petua yang boleh membantu anda meminimumkan risiko dan menjadikan perdagangan anda lebih selesa baik secara kewangan mahu pun mental. Berdaganglah secara pintar – kejayaan sedang menanti, pasti!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini