Ringgit ditutup tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tidak berubah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, kerana pelabur sedang menunggu hala tuju baharu pasaran berikutan Laporan Tahunan 2018 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, kata peniaga.
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada paras 4.0700/0750 daripada 4.0700/0730 semasa ditutup semalam.
Antara intipati dalam laporan itu, BNM menjangkakan ekonomi Malaysia terus berada pada landasan pertumbuhan kukuh dan bakal berkembang sekitar 4.3 peratus hingga 4.8 peratus pada tahun 2019, dipacu aktiviti sektor swasta, peningkatan pendapatan dan guna tenaga stabil dan pengembangan kapasiti berterusan sektor perniagaan.
"Di samping itu, ringgit dan mata wang negara yang sedang pesat membangun di Asia turut terkesan dengan pengukuhan dolar AS, yang juga adalah selamat untuk pelabur, selari dengan sentimen yang semakin reda terhadap pertumbuhan global lebih perlahan dan keadaan semakin tidak pasti berhubung Brexit.
"Bagaimanapun, harga minyak lebih tinggi membantu membendung tekanan ke atas ringgit dengan penanda aras perdagangan minyak mentah Brent meningkat 0.04 peratus kepada AS$67.46 setong pada 4.16 pagi Waktu Standard Pusat (CST),” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, peniaga berkata pemain pasaran dijangka mengalihkan tumpuan mereka terhadap perkembangan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijadualkan esok dan Jumaat di Beijing.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Ia menyusut berbanding pound kepada 5.3744/3819 daripada 5.3740/3784 semasa ditutup semalam, tetapi meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0068/0107 daripada 3.0130/0164.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6853/6901 daripada 3.6869/6906 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5910/5970 daripada 4.6060/6098 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini