Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0750/0830 berbanding 4.0700/0750 penutup Rabu.

Peniaga berkata, ringgit dan mata wang negara membangun Asia menerima tekanan kekukuhan nilai dolar AS sejajar penurunan sentimen berhubung kelembapan pertumbuhan global.

"Permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS juga didorong oleh tanda-tanda berterusan ekonomi yang lemah di Eropah dan peserta pasaran dijangka beralih fokus kepada rundingan perdagangan AS-China yang akan datang, yang dijadualkan di Beijing minggu ini," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6941/7024 daripada 3.6853/6901 penutup Rabu, tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3704/3814 daripada 5.3744/3819.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0049/0111 berbanding 3.0068/0107 dan mengukuh baik berbanding euro kepada 4.5832/5934 daripada 4.5910/5970 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini