Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal di tengah-tengah kemungkinan kelemahan dolar AS, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0640/0680 berbanding 4.0670/0700 penutup semalam.

Katanya, ketegangan perdagangan AS-China boleh mengehadkan kepada penyusutan dolar dalam tempoh terdekat/sederhana.

"Peniaga kini akan meneliti semua data yang masuk, terutamanya berhubung prestasi inflasi," katanya.

Harga minyak yang lebih teguh dilihat positif bagi nota tempatan, setakat masa penulisan, kontrak hadapan Brent adalah 0.42 peratus lebih tinggi pada AS$67.09 satu tong, sementara kontrak niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) naik 0.87 peratus kepada AS $ 59.33 satu tong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0113/0147 berbanding 3.0106 / 0139 penutup Isnin dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3641/3714 daripada 5.3579/3634.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding Yen kepada 3.6878/6918 daripada 3.6896/6933 dan bertambah baik berbanding euro pada 4.5996/6046 daripada 4.6030/6081.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini