Bagaimana Heiken Ashi Membantu Dagangan Anda? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana Heiken Ashi Membantu Dagangan Anda?


Adakah anda tahu bahawa Jepun mencipta cara yang baik untuk melihat isyarat kemasukan terbaik dalam trading sejak pada tahun 1700 ?! Ia dipanggil penunjuk Heiken Ashi, dan ia juga membolehkan anda mengikuti trend selama mungkin. Baca terus untuk mengetahui bagaimana cara ia bekerja!

Heiken Ashi
Indikator Heiken Ashi adalah suatu jenis candlestick yang spesifik dan berbeza dari apa yang kita biasa lihat di carta candlestick Jepun. "Heiken Ashi" boleh diterjemahkan dari bahasa Jepun sebagai "suatu bar yang berada di tengah". Pendekatan ini dibangunkan pada 1700-an dahulu oleh Munehisa Homma.

Bagaimana indikator ini berfungsi.

Matlamat utama indikator ini adalah untuk menyaring hingar pasaran. Seperti yang anda mungkin sudah maklum, candlestick Jepun memaparkan secara visual harga pembukaan (Open), penutupan (Close), tertinggi (High) dan terendah (Low) sewaktu satu-satu tempoh masa. Heikin Ashi pula mempunyai suatu formula yang spesifik:

Heikin-Ashi Open = [Open (bar sebelum) + Close (bar sebelum)]/2

Heikin-Ashi Close = (Open+High+Low+Close)/4

Heikin-Ashi High = Max (High, Open atau Close)

Heikin-Ashi Low = Min (Low, Open atau Close)

Indikator ini, tentu sekali, mengira ia semua secara automatik. Namun, anda perlu memahami punca asal usul candlestick Heiken Ashi dan menyedari bahawa jika Heiken Ashi membentuk pepaku (spike), ini tidak bermakna harga sebenarnya mencecah paras tersebut. Indikator ini hanya menunjukkan trend.

Berikut adalah carta candlestick Jepun yang biasa:





Dan ini pula adalah candlestick Heiken Ashi untuk tempoh masa yang sama (carta harga itu sendiri di dalam bentuk graf garisan):

Jika anda bandingkan carta candlestick biasa dengan Heiken Ashi, Heiken Ashi tampak lebih licin kerana ia menggunakan purata pergerakan harga. Perhatikan, candlestick Heiken Ashi cenderung utnuk mempunyai warna bullish (apa jua warna yang anda pilih di tetapan – mari kita gunakan warna hijau) sewaktu uptrend, dan warna bearish sewaktu downtrend (mari pilih merah). Harga semasa Heiken Ashi mungkin berbeza dari harga semasa sebenar aset kewangan yang anda sedang dagangkan. Carta Heiken Ashi juga tiada senggang (no gap).
Cara-cara memasang di carta.
Untuk menambah indikator Heiken Ashi ke carta, klik "Insert", pilih "Indikator" dan kemudian "Custom". Anda lantas boleh memilih "Heiken Ashi".
Cara-cara menggunakannya.
Banyak yang boleh kita ketahui tentang pasaran dengan mencerap candlestick Heiken Ashi:
Candlestick bullish tanpa bayang bawah memberi isyarat uptrend yang kuat. Candlestick bearish tanpa bayang atas memberi isyarat downtrend yang kuat. Candlestick yang tubuhnya kecil dan mempunyai kedua-dua bayang atas dan bawah (doji) adalah petanda perubahan pada trend.

Indikator Heiken Ashi boleh digunakan untuk beberapa tujuan:
Untuk mengukur kekuatan trend. Jika trend adalah kuat, pedagang boleh berpegang teguh dengannya dan beroleh manfaat berdagang searah dengannya. Untuk mengenal pasti penyongsangan. Momen penyongsangan yang berjaya dikenal pasti pada suatu trend membolehkan pedagang menutup dagangan yang mengikut trend atau memasuki suatu trend baru.
Adalah dicadangkan agar Heiken Ashi digunakan bersama dengan indikator-indikator lain, sebagai contoh, Osilator Stokastik. Satu strategi perdagangan yang ringkas yang menggunakan dua indikator ini mencadangkan agar dagangan dibeli dibuka bila Stokastik keluar dari zon terlebih jual (oversold area) dan adanya candlestick penyongsangan di Heiken Ashi. Berdasarkan logik yang sama, dagangan jualan boleh dibuka bila Stokastik keluar dari zon terlebih beli (overbought area) dan adanya penyongsangan bearish pada Heiken Ashi. Anda boleh lihat contoh signal jual dari Heiken Ashi dan Osilator Stokastik di carta di bawah:

Kita juga boleh mentakrifkan aras sokongan dan rintangan dengan carta Heiken Ashi, serta pola carta dan harga.
Rangka masa. Jika anda seorang pedagang intrahari, gunakan Heiken Ashi dengan rangka masa dari M5 hingga H1. Jika anda seorang pedagang swing, dan mengekalkan posisi selama beberapa hari, anda boleh gunakan Heiken Ashi di H4 dan D1.
Pasangan matawang. Anda boleh gunakan Heiken Ashi untuk mana-mana pasangan matawang, namun hasil yang terbaik boleh dicapai di pasangan regu JPY (EUR/JPY, GBP/JPY, CAD/JPY) kerana mereka cenderung untuk lebih meruwap.
Kelebihan dan kekurangan.
Kelebihan terbesar Heiken Ashi adalah keupayaannya menyaring signal-signal buruk (hingar bingar pasaran) dan membuatkannya lebih mudah untuk para pedagang mengenal pasti signal dagangan yang bagus. Hasilnya, analisis pasaran menjadi lebih mudah.
Kelemahan indikator Heiken Ashi adalah betapa ia lamban, ketinggalan di belakang harga (lagging). Ini perkara yang alami kerana indikator perlukan harga untuk membentuk high, low dan close, untuk mengira nilai-nilainya.
Secara ringkas: Heiken Ashi adalah perkakas analisis yang amat ampuh. Ia membolehkan para pedagang untuk fokus dengan signal kemasukan yang terbaik, serta "riding the trend" selama yang mungkin. Gunakan Heiken Ashi bersama dengan indikator-indiakator teknikal lain dan analisis aksi harga.
 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini