Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan berhubung kadar inflasi negara itu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0900/0950 berbanding dolar AS berbanding 4.0870/0900 penutup Jumaat.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0169/0210 daripada 3.0182/0207 tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.6672/6726 daripada 3.6583/6613.

Ringgit lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.3346/3415 daripada 5.3458/3509 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5865/5938 daripada 4.5889/5927. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini