Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan hari ini berikutan pengambilan untung susulan kenaikan semalam, dalam keadaan kekurangan faktor penggerak pasaran.

Pada 9.06 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1110/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1080/1110 yang dicatatkan ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata minat pelabur beralih kepada dolar AS memandangkan pasaran tempatan mengalami kekurangan petunjuk baharu.

“Ini terutama setelah menimbang bahawa hasil AS bagi penanda aras nota Perbendaharaan bertempoh 10 tahun merekodkan prestasi stabil pada 2.5 peratus manakala bon Perbendaharaan bertempoh matang 30 tahun sedikit berubah kepada 2.9 peratus,” katanya.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0387/0425 daripada 3.0378/0405 semalam dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6709/6754 daripada 3.6698/6728.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.3850/3907 daripada 5.3815/3866 pada Isnin dan turun berbanding euro kepada 4.6475/6532 daripada 4.6470/ 5520.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini