Ringgit ditutup tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tidak berubah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati dengan isyarat bercampur-campur daripada unjuran ekonomi global, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1320/1370 berbanding dolar AS daripada 4.1320/1350 semasa ditutup pada Selasa.

Seorang lagi peniaga berkata intipati utama bagi prospek dolar AS dikekalkan hasil keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS selama dua hari yang berakhir Rabu, dengan kenyataan dan sidang media oleh Pengerusi Jerome Powell.

Peniaga itu berkata pelabur sedang menunggu untuk mengetahui bagaimana Powell menyelesaikan perbezaan antara pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan inflasi lebih perlahan.

Dalam pada itu, beliau berkata data semalaman AS menunjukkan perbelanjaan pengguna menikmati peningkatan semula yang ketara pada Mac, tetapi teras inflasi jatuh ke paras terendah dalam 14 bulan.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0362/0410 daripada 3.0349/0382 pada Isnin dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3662/3744 daripada 5.3452/3507.

Mata wang tempatan menyusut berbanding yen kepada 3.7118/7170 daripada 3.6982/7019, dan turun berbanding euro kepada 4.6311/6384 daripada 4.6113/6163.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini