Ringgit lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan harga minyak yang rendah, kata peniaga.

Pada 9.23 pagi, unit tempatan itu didagangkan pada 4.0970/1020 berbanding dolar AS daripada 4.0920/0960 penutup Selasa.

Ketua Perdagangan dan Strategi Pasaran SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ketegangan perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak mentah yang lebih rendah akan memastikan perdagangan ringgit berada pada jajaran sempit hari ini.

Minyak mentah Brent berada pada AS$70.51 satu tong malam tadi, turun 59 sen.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0258/0300 daripada 3.0246/0280 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6853/6902 daripada 3.6772/6818.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3470/3552 daripada 5.3556/3625 tetapi susut nilainya berbanding euro kepada 4.6128/6201 daripada 4.6125/6191. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini