Jelajah Seminar Forex XM Malaysia - Melaka 6 Julai 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Jelajah Seminar Forex XM Malaysia - Melaka 6 Julai 2019



Teknik Konfluens dalam Dagangan Forex

Salah satu aspek utama dalam amalan aktiviti pelaburan atas talian adalah untuk mengetahui teknik mana yang akan digunakan, bila dan untuk instrumen kewangan yang mana satu. Terdapat pelbagai alatan dagangan yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik tetapi ianya penting untuk mengetahui yang mana satu sesuai dengan matlamat dagangan individu dan instumen kewangan yang didagangkan.


Seminar kami dikhususkan untuk mengajar para peserta tentang pemilihan strategi dan alatan analisis teknikal atau fundamental yang optimum serta cara untuk menggabungkannya.

Para peserta seminar kami berpeluang untuk melihat bagaimana konfluens (iaitu gabungan pelbagai idea dan strategi dagangan ke dalam satu strategi yang berkesan) berfungsi. Untuk menunjukkan penggunaan konfluens yang efisyen, kami akan mengkaji jenis pasaran dan teknik dagangan yang berbeza-beza untuk setiap pasaran. Kami juga akan menerangkan mengenai aspek-aspek dagangan yang berbeza-beza seperti analisis teknikal, fundamental atau sentimen pasaran yang berkaitan dan bagaimana kita dapat mengolah cara terbaik untuk mengumpul data yang boleh digunakan dari pasaran.

Akhir sekali, kami akan memberikan para peserta panduan praktikal mengenai bagaimana untuk membangunkan strategi dagangan sendiri dan menggunakan teknik untuk memantau prestasi dagangan mereka secara berterusan.








Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini