Pilihanraya parlimen di Australia: adakah AUD akan terkesan? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pilihanraya parlimen di Australia: adakah AUD akan terkesan?


Pada 18 Mei, Australia akan mengadakan pilihanraya parlimen. Rakyat akan memilih antara kerajaan Coalition tengah-kanan dan pembangkang Parti Buruh tengah-kiri. Perdana Menteri sekarang, Scott Morrison, menyandang jawatan beliau bila partinya menyingkirkan pendahulu beliau. Kesannya, reputasi beliau di kalangan para pengundi tidaklah begitu baik kerana telah penat dengan ketegangan kepimpinan.

Namun, kemenangan beliau mungkin lebih baik untuk pasaran berbanding kemenangan calon Parti Buruh, Bill Shorten. Menurut pengurus kempen En. Morrison, beliau merancang untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Australia. Dari satu sisi lain pula, Parti Buruh mencadangkan peningkatan pada perbelanjaan pendidikan dan kesihatan dan mengumumkan cukai yang lebih tinggi untuk para pelabur. Langkah-langkah ini dilihat sebagai negatif ke atas dasar ekonomi semasa Australia.
Jika parti memerintah sekarang kekal memerintah, dolar Australia mungkin akan disokong. Sebaliknya, jika Parti Buruh menang, matawang Australia tersebut mungkin akan melemah.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini