Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama dunia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama dunia



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur berada di luar pasaran kerana faktor luaran dan ketegangan perdagangan AS-China yang semakin buruk.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1700/1730 berbanding dolar AS berbanding 4.1630/1660 penutup semalam.

Peniaga berkata, penyenaraian hitam syarikat gergasi China, Huawei, akan memberi kesan negatif ke atas pembuatan dan perdagangan elektrik dan elektronik, yang adalah antara kekuatan utama Malaysia.

"Larangan itu akan menimbulkan ketegangan antara kedua-dua kuasa ekonomi, China pasti akan membalasnya. Dari apa yang dapat kita lihat, keadaan semakin buruk," katanya.

Semalam, Rumah Putih dan Jabatan Perdagangan AS mengambil langkah untuk mengharamkan Huawei daripada menjual teknologinya di pasaran Amerika, yang mungkin mempunyai kesan terhadap pembekal semikonduktor AS, termasuk Qualcomm.

"Apa yang kita bimbang ialah ini hanya akan memburukkan keadaan yang telah menyebabkan kelembapan dalam ekonomi global. Syarikat Malaysia juga akan terjejas dalam jangka panjang," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan lebih kukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0371/0404 berbanding 3.0414/0447 daripada penutupan Khamis dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.7916/7954 daripada 3.7991/8021.

Ia juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.3305/3360 daripada 5.3407/3462 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6591/6642 daripada 4.6667/4713. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini