Perbincangan Panel Kewangan XM di Kuala Lumpur! - 27 Julai 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Perbincangan Panel Kewangan XM di Kuala Lumpur! - 27 Julai 2019


Diskusi Panel Kewangan mengenai Ekonomi Global dan Peluang Pelaburan

Buat julung kalinya, diskusi panel membawakan bersama-sama tiga tokoh terkenal yang arif dan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kewangan bagi membantu secara positif kepada para pedagang untuk memperolehi pemahaman yang lebih baik mengenai pasaran kewangan semasa untuk mengenal pasti bidang pelaburan yang baru dan mencapai hasil pelaburan yang mampan.

Diskusi panel kami menampilkan tetamu khas Peter McGuire, CEO XM Australia dan penyampai media kewangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, serta Zulle Razak, tenaga pengajar forex profesional dan pengasas Confluence Technique Academy dan Mohd Helmi Izani, tenaga pengajar forex profesional dan pengasas Ingenious Trading Mastery.


Kenali butiran penting daripada analisis makroekonomi melalui diskusi ahli panel kami, antaranya analisis trend ekonomi dan jangkaan impak langkah monetari terhadap dagangan runcit. Memperoleh pengetahuan penting tentang bagaimana alatan analisis teknikal dan fundamental dapat membantu memberikan keputusan pelaburan yang baik, bagaimana membentuk matlamat dagangan anda sendiri dan strategi individu dan mengapa pemantauan prestasi dan pengurusan risiko perlu menjadi sebahagian penting daripada tabiat dagangan anda.



TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA DI SINI

Jemputan untuk acara ini terbuka untuk semua pelanggan kami yang mempunyai baki minimum 300 USD (atau nilai setara) di dalam akaun dagangan MT4/MT5 XM mereka yang telah disahkan semasa pendaftaran.

Jika anda mahu membiayai akaun dagangan MT4/MT5 XM anda untuk mendaftar dan menghadiri acara ini, sila klik di sini.

Sekiranya anda belum mempunyai sebarang akaun dagangan MT4/MT5 XM tetapi anda ingin menempah tempat duduk anda, anda boleh membuka akaun anda di sini.



Siapakah yang Layak untuk Menghadiri Acara ini?

Semua pelanggan baru dan sedia ada layak untuk menghadiri acara ini jika mempunyai baki minimum 300 USD (atau nilai setara) di dalam akaun dagangan MT4/MT5 XM mereka yang telah disahkan semasa pendaftaran atau sekiranya mempunyai lebih daripada satu akaun untuk baki terkumpul sebanyak 300 USD (atau nilai setara) di dalam kesemua akaun dagangan XM mereka.

Bagaimanakah Saya Boleh Menghadiri Acara ini?

Satu-satunya syarat untuk mengambil bahagian di dalam acara ini adalah seperti butiran yang dinyatakan di atas. Harap maklum bahawa pendaftaran sahaja tidak akan menjamin atau menempah tempat duduk anda. Hanya pelanggan yang mendaftar dan menerima pengesahan daripada Pengurus Akaun Peribadi mereka melalui panggilan telefon atau e-mel sahaja dibenarkan untuk menghadiri acara ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini