Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh minat belian selepas mata wang Amerika Syarikat itu susut untuk hari kedua berturut-turut, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.1550/1600 berbanding dolar AS daripada 4.1610/1650 semalam.

Beliau berkata, ringgit mengekalkan aliran meningkatnya berbanding dolar AS pada Rabu dengan jangkaan meningkat mengenai pengurangan kadar faedah AS minggu depan, yang akan menjadi berita positif kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit.

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0446/0492 daripada 3.0484/0522 semalam dan meningkat kepada 4.7064/7137 daripada 4.7086/7148 berbanding euro.

Mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.2922/2003 daripada 5.2874/2941 dan merosot berbanding yen kepada 3.8376/8426 daripada 3.8283/8324 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini