Ringgit rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan pagi ini berikutan kekurangan petunjuk baharu.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1470/1500 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1440/4470 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata permintaan rendah telah menyebabkan penurunan ringgit apabila pasaran negara sedang pesat membangun terus berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

“Keseluruhan sentimen pasaran global masih lembap di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah,” katanya.

Ketika ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 1.20 peratus kepada AS$65.05 setong.

Sementara itu, dolar terus jatuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat membayangkan ia tidak akan menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat ini, di tengah-tengah tekanan untuk berbuat demikian daripada Presiden AS Donald Trump.

Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan diniagakan tinggi sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.8616/8655 daripada 3.8693/8724 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2592/2647 daripada 5.2857/2903.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7102/7152 daripada 4.7146/7196 tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0605/0639 daripada 3.0603/0637 pada Selasa.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini