ADAKAH POUND BRITISH AKAN TERUS MELEMAH? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ADAKAH POUND BRITISH AKAN TERUS MELEMAH?



Ketidaktentuan Brexit menjerumuskan pound British ke paras terendah sejak April 2017 pada minggu lalu. Tekanan ke atas GBP semakin menguat setelah perletakan jawatan Theresa May. Sokongan untuk pemimpin baru parti Konservatif tidak membawa apa-apa optimisme kepada bulls GBP kerana ia dikelilingi oleh spekulasi-spekulasi politik dan pendapat yang bercampur baur tentang Brexit.

Akhir sekali pada 23 Julai, Tories akan memilih Perdana Menteri baru UK. Calon-calon utama adalah Boris Johnson dan Jeremy Hunt. Pendapat mereka mengenai Brexit berbeza, jadi keputusan pemilihan ini boleh memberi kesan kepada pound British walau apa pun natijahnya.

Boris Johnson terkenal sebagai penyokong Brexit yang keras, manakala Jeremy Hunt pula jenis yang mahu berunding dan lanjutan tempoh. Jika En. Johnson menjadi Perdana Menteri dan tidak mengubah sikapnya terhadap Brexit, GBP akan menguji harga-harga rendah baru-baru ini. Di satu sisi lain pula, para penganalisis berpendapat bahawa GBP akan bergerak lebih tinggi jika Jerema Hunt terpilih. Adalah disyorkan untuk mengikuti berita berkaitan perkara ini kerana situasinya boleh berubah dengan pantas.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini