Momentum ringgit kukuh dua hari berturut-turut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Momentum ringgit kukuh dua hari berturut-turut



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat hari kedua berturut susulan kedudukan dolar yang lemah mendorong minat ke atas mata wang selamat lain, selain mata wang ekonomi pesat membangun, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan ditutup pada 4.1310/1350 berbanding dolar daripada 4.1350/1380 pada penutupan Rabu.

Pada penutupan, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0458/0492 daripada 3.0499/0532 pada Rabu dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8328/8369 daripada 3.8379/8411.

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding pound kepada 5.1943/1002 daripada 5.1973/1035 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6614/6668 daripada 4.6672/6722

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini